Sperm

Tuesday, May 7, 2013

Wake Up Malaysians ! Bangkit Anak Muda !

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.


~kopi pasta~

Monday, May 6, 2013

#PRU14 #GE14

Salam semua..tak payah pelik bila tgk tittle post aku #ge14 ni..sbbnya ak nk bgtaw time tu (2018) insyallah jika ada umur panjang aku dh layak mengundi ..on that time umur ak dh 25..haha sbb apa ak bgtaw time tu ak dh layak mengundi ??sbb aku serta sahabat seperjuangan aku akan pastikan Be End akan tumpas pada pilihanraya tersebut.(kecuali makin ramai mat bangla yg diimport)  Kami generasi muda akan pastikan segala proses pilihanraya dijalankan dgn bersih tanpa ada sebarang spekulasi yg kita dpt tgk pada #ge13 kelmarin..dengan kes undi hantu,blackout dan peti undi dibawa lari lagi..kami insyallah akan memastikan segalanya bersih ! kenapa aku pilih PR ?? eh bukan sebab aku ni tak bersyukur dengan kerajaan skrg..bukan ak tk dpt bb1m tu..ak dpt je..tp tu mmg tanggungjawab mereka mmberi kebajikan dan bantuan kepada rakyat ..jd kenapa ??ok ni aku nk bgtaw ..jwpn pertama adalah seperti yg aku post pada entry aku sebelum ni..jawapan yg kedua ialah aku nak islam dkt malaysia ni bukan sekadar nama tp sistem pemerintahannya kita dpt lihat sendiri skrg(byk sgt nak cerita) ..ye aku tahu bnda ni kena lahir dari sendiri..tapi kita lihat suasana skrg..byk pakar psikologi dkt luar sana dh kata suasana byk mempengaruhi cara berfikir dan sikap seseorang..ye aku tahu byk dah masjid dekat Malaysia ni(besar2 lg tu) tp ianya seperti bercampur dgn aktivit maksiat apabila kerajaan sendiri menganjurkn program utk anak2 muda yg melalaikn sehingga byk kelahiran anak luar nikah direkodkan..ye aku tahu hiburan itu perlu ..tp bukan sehingga melalaikan sebegini.."apstu bagaimana dgn bangsa dan agama2 lain?" eh ? soalan ini agak sentimentel sikit..anda semua pernah pergi ke kelantan ?pernah ?saya amat respect dengan negeri kelantan sbb pemerintahnya(kerajaan PAS) melakukan sistem lebih kepada ISLAM di sana dan penduduk mereka yg NON-MUSLIM ok je..tkde perbalahan..hmmm cuba anda fikirkan! ini negara kita..kita kata ini negara islam kn?! jd biarlah mereka yg ikut kita! lagipun aku tgk kalau ada konsert apa2 ke ..aku tgk anak2 melayu islam yg ramai join ..apakah ?hmm jadi berfikirlah kalian ..jika anda pilih pemimpin yg betul maka effectnya juga kpd anda jugak..jadi fikir molek.. UBAH ! BERSIHKAN MALAYSIA !

**sebenarnya banyak lagi aku nk hujah tp cuma ini yg aku mmg taip**
**kalau face 2 face dgn aku insyallah segalanya terluah**