Sperm

Thursday, December 27, 2012

PERTAMA a first love story - short film (2009)



Setiap orang mempunyai kisah cinta PERTAMA mereka sendiri, anda juga
mempunyai kisah cinta PERTAMA anda sendiri bukan ?? bukan anda sahaja,
parents anda juga begitu dahulu..

tetapi

" cinta PERTAMA 
tidak semestinya yang terbaik, tetapi yang PERTAMA itu akan tetap dikenang.. "


Video makan dalam mathluthfi..



Kita terlalu mencari kesempurnaan orang lain sehingga kita terlupa Allah
 telah menciptakan setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya... :)


Monday, December 24, 2012

Saya hanya menyampaikan apa yang BENAR !


Sila baca dialog ini buat teman muslim yg suka wish "merry christmas" biarpun tahu agamanya ISLAM..take note this !

Perlu tahu ini...
@ Daud : bagaimana natalmu?

David : fine.. kamu tidak wish selamat natal padaku?

Daud : tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu, tapi masalah ini agama saya melarangnya

David : but why? bukankah hanya sekadar kata-kata? teman muslimku yg lain mengucapknnya padaku?

Daud : mungkin mereka belum mengetahuinya.. David, kamu boleh mengucapkan 2 kalimah syahadah?

David : oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya, itu akan mengganggu kepercayaan saya

Daud : why? bukankah hanya kata-kata? ayuh ucapkanlah

David : maaf, saya tidak boleh mengucapkannya

Daud : same goes here, jika saya mengucapkan selamat natal kepadamu, itu akan mengganggu kepercayaanku. sebab jika saya mengucapkan selamat natal, sama saja saya mengakui kelahiran nabi Isa as sebagai tuhan

David : ok2.. sekarang saya faham

hopefully kalian tahu & faham ! 



*SESUNGGUHNYA SYIRIK ITU BUKAN SAHAJA PADA PERBUATAN,MALAHAN ADA DARI PERCAKAPAN..MAKA JAGALAH LISAN ANDA DAN SYIRIK ITU JUGA BOLEH DATANG DARI HATI MAKA JAGALAH HATI ANDA..

SAYA SAYANG ANDA SEMUA ! :)

Sunday, December 23, 2012

Post and comment via JOM Feqah

Assalaamualaikum,sedikit perkongsian yg saya ingin buat jika anda menerima jemputan jiran anda ke christmas party..

POST:

Mohon pencerahan. Apa hukum menerima undangan ke majlis sambut christmas (makan2 je)di rumah org yg belum Islam?(semua org bkn islam ada potensi utk jd org islam). syukran jazilan. jazakumullah khairan

komen-komen:

1.jika dijamin mknan n minumannye halal..boleh je hadir..tp x terlibat dgn upacara agama mereka..pastikn juga tiada pegaulan bebas yg melampau..bleh search syarat2 majlis yg dihalalkn Islam..wallahu a'lam..

2.bergantung kepada niat ... kalau niat hanya sekadar nak memenuhi undangan seorang jiran, harus laa selagi tidak terdapat perkara melanggar syarak. tapi kalau sebab pergi tu memang menyambut krismas hukumnya haram walaupun tiada upacara pemujaan agama.

3. paling baik untuk mengelakkan fitnah tak payah pergi, cuba ucapkan kata-kata yang baik

4.nak pergi jugak! pergi sebelum krismas atau selepas krismas



Saya hanya berkongsi apa yg saya dapat dan setahu saya org Islam hanya menyambut dua perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha..
sekiranya nk pergi ke rumah jiran yg kafir eloklah bukan kerana perayaan agama mereka sendiri

tetapi untuk melawat jiran anda..saya sayang anda semua..ingat ni taw !

Tuesday, December 18, 2012


heyy heyy tumpang lalu..jap pakcik nk nunjuk sikit haa result budak bertuah nia haa :D
8A 1B kowtt ! 
sumpah kne bangga ! huhu apa2 pown keep it up yee 
Amirah Najwa ..troskn usaha anda smpai SPM nnti and smpai bila2..
Alhamdulillah ..TAHNIAH TAHNIAH 1000x

huhuuuhu 

Tuesday, December 4, 2012

Think Positive !


Everything Happen For A REASON.. 

Bersangka baik dengan Allah..
Segalanya ada hikmah yg kita tak tahu..
INGATLAH..
"Jika kita berdoa, Allah terus memaqbulkan doa kita Allah menyayangi kita..
jika kita berdoa, Allah lambat memaqbulkan doa kita Allah ingin menguji kita..
jika kita berdoa, Allah tidak memaqbulkan doa kita bermakna Allah ada sesuatu yang lebih baik utk kita" 

dan ingatlah Allah itu Maha Mengetahui..



JPJ tak lepas !

Frust menonggeng giler jpj tk lepas ! Failed dkt '3 penjuru' pulak tu ! dh laa dkt situ paling mudah..selalu org tk lepas bukit je.. boleh pulak aku tk lepas bahagian tu..arghhh ! kne repeat balik bayar RM80 mne tk frust dohhh ! huhh mybe excited lebih kowt time tu..nasib baik dkt lebuhraya lepas..so bdk2 yg nak amek test JPJ lepasnie jgn jadi cm aku..HAHA ok saje nk luahkan rasa frust aku..semua bnda nk kne repeat ! :P

Saturday, December 1, 2012

Selamanya Harimau Malaya !


              



Pasukan Malaysia berjaya tumpaskan team Indonesia 2-0 sekaligus layak ke separuh akhir ! bakal bertemu team Gajah(thailand) utk mara ke final..wuhuuu Alhamdulillah :)




Monday, November 26, 2012

Kisah seram dari Shah Alam..

Cerite benar yg berlaku dkat area2 rumah sewe area UiTM Shah Alam... serius cuak bace...

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.

Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.

Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.

Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.

Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!




Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.

Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310


Sunday, November 25, 2012

Semester2

Semester2 bakal bermula esok,apa yg aku harapkan adalah segalanya OK ! sem2 ni adalah penentuan bg aku..kne berubah dan transformasi utk BERJAYA..apa yg penting DOA,USAHA,IKHTIAR & TAWAKKAL.. Pray For Me , Pray For Gaza , Pray For Muslim :)


YES! I BELIEVE I CAN !


SEMESTER BARU AZAM BARU #NoMoreAnaKIRA :) i just have 

Amira Najwa

Wednesday, November 21, 2012

Permintaan aku..

Permintaan aku..semua manusia inginkn indah,aku cuba berubah jadi yg terindah,,ku harap kau jadi yg terindah dlm hidupku selain mak bapak aku,,aku mengharapkn tiada keraguan cinta yg akan kau berikan kepadaku,,hanya satu pintaku wahai bakal permaisuri hatiku dlm doaku..aku mahu kita seteru berjalan dia atas jalan yg satu..kerana semua ini inpianku ,,kita hanya mampu merancang manakala Sang Pencipta Maha Mengetahui yg Terbaik buat kita..everything is gonna be okay :) #NoSecretRecipeBetweenUs



Monday, November 19, 2012

Pencerahan dalam gambar anda..

 Hello hyee ..post kali ni agak kekurangan idea cuma mahu menggalakkan budaya edit pic ni sebelum di publishkn..supaya org tgk pic anda tkde lahh muram sgt warna gambar..contoh :



sebelah kiri pic original dan sebelah kanan pic yg bru diedit...nmpk tk perbezaannya tu ?! gambar kiri kurang ceria dan gambar kanan lebih ceria warnanya ..lebih terang dan tidak muram mcm gmbar sebelah kiri..jadi rajin2 lah edit pic anda ! :D  

via : adobe photoshop Lightroom4 
model : miranajwa.

Tuesday, November 13, 2012

Home Sweet Home..


Hellooo this is my house ! cantik tk ? hehe ..ptg td tkdo kojo so teruskan hobi dgn dslr,perghh tk reti laa nk guna mode Manual..kne mintak pro ajar lahh guna mode manual..and ni lah hasilnya slepas diedit guna adobe photoshop lightroom 4..mari bermain dgn warna gambar !! :D

(ni gambar dpn rumah).. ade lg..


haa..ni landskap dpn umah jiran aku..try snap sikit guna mode manual than edit guna lightroom..inilah hasilnyaa..(untglahh jiran ade landskap cantik gini..)


yg ni jalan dpn rumah aku(arah kanan)


yg ni pulak jalan dpn rumah aku (arah kiri) so nk ckp rumah aku plg hujung..pic ni pon telah diedit guna lightroom..so lepasnie spe nk dtg umah aku dh tk sesat lg klaw dh tahu cmne jalannya kn..



ni dlm halaman rumah aku..aku main snap je and aku rasa pic ni mcm art je..and setelah bermain wrna ..inilah jadinya..just kurangkan warna hijau..hehe sory jika anda rasa ini tk art langsung but i feel it .. :D

camera model : canon 1100d (camera murah ja pong) 

#my friend said: nilai sesuatu gamabar tidak boleh dinilai dgn kamera yg digunakan tetapi gambar itu sendiri.. :) sy mencuba..

Sunday, November 11, 2012

11.11.12

Kami tk main ts kami main mid, kami tk jadi skyfall kami ke ISTANBUL,,kami tk main kfc,kami main CRS je,kami tk main buskin robin kami main Gelato Fruity ..HAHA im not LISA Surihani k ! :P 



#credit to my Mrs.Vampire : thanx coz make me happy :) 


bila 2 hati sudah sebati......pastu apa ?? lupa lahh !! arghh..

no picture :'(

Saturday, November 10, 2012


Cito ni cmbest je,rmai ckp best ..habis den gebang dlm fb cito ni dh kuar kt Youtube rmai mntak URL link tmsoklaa ustaz den skali,,apo laa mno logik bru tayang kt panggung dh kuar Youtube ... k no idea.. mari tonton !

Thursday, November 8, 2012

Cerita Si tukang Gambar



kenapa tukang gambar ??awak photographer ke ?? ehh mmg !sy photographer tak rasmi utk diri saya..bg saya semua org dkt dunia ni semuanya tukang gambar..dslr tkde??HAHA mksud saya kt sini ialah tukang gambar yg tk perlu guna camera..just guna mata,snap dan save..mudah kn ?! bukak mata besar2 ..zoom sikit ..adjust2 shutter,appature sikit then snap! HAHA ..boleh buat memori kn ? nk tgk balik pandai2 la ingt2 semula..tgk RAM masing2 la besar mne..hihi 

Wednesday, November 7, 2012

Pantun Pecah dara...sekadar pengajaran.. LOL


Pantun Pecah Dara (18SX) 

Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat

Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.
bosan mlm2 gini aku suka tgk gambar lama2(tkdo lamo bona)..tiba2 terbukak file pic time fom5 maghin..serius kelakar weyhh..

masa ni lps spotcheck rambut ngn abg jai..tgk ramai rambut cm askar tu..aku je tk kena..HAHA lari la weyhhh
          
  si gila ni..HAHAH

 Bas utk ke PD sanctuary yg selesa,,terima KASIH Maahad !
HAHA

Maaf! bas ni terlalu selesa,,HAHA 

semua ikut program,tkdo yg ponteng,mklumlah program terakhir sebelum SPM,
semua semangat(kononnya..)

Result oh result !

Result exam teruk gler ! tu je aku boleh kata..mmg aku dh sangka perkara ni pasti berlaku,dh mmg lumrah alam hidup ni kadg2 kita kt ats kadg2 kita kt bwh..so aku harus menerima keterukan result yg diterima ni,mmg payah nk terima tp nk uat guane klaw usaha yg aku tunjukkn pon mmg cmtu lah hasilnya..tkpe..mungkin aku harus bersyukur aku masih lulus,,basic account ngn add math tkde ! ok itu alasan aku..org berjaya tkde alasan..Hidup adalah Pilihan..


Tuesday, November 6, 2012

Wajarkah AES itu??

Baru2 ini kerajaan Malaysia telah mengambil langkah baharu utk mengelakkan kemalangan jalan raya dgn memasang kamera perangkap laju AES ..hmmmmm pada pendapat aku benda ni MEMBAZIR. Fullstop..tak cukup ke kamera perangkap laju yg dimiliki polis trafik Malaysia??kerajaan habiskn berjuta duit rakyat utk pasang benda ni..mmg laa ramai marah beb..mana taknya..flash yg dikeluarkan AES ni pon ada sesetengah pengguna lebuhraya kata amat bahaya,(aku pon tak taw sbb apa) mungkin flash tu blh buat silau..ok ini sekadar pendapat ..jgn marah2..HEHE



AES-Automated Enforcement System


Apa2 pon bg mengelakkan anda disaman disebabkn alat ini,bg pengguna android anda boleh install AES detector sebagai langkah berjaga-jaga..Selamat menggunakan :D



Prison Break



Sepanjang 2 minggu cuti sem ni aku dah habiskn 2 season utk cerita ni..aku tk pasti cerita ni ada berapa season..yg aku dh dpt kt kwn aku ada 4 season jee,aku bru tgk 2 season,..apa yg aku blh kata ttg cerita ni ialah jln cerita yg menarik dan tk bosan nk tgk walaupun ceritanya agak pnjg..penonton susah nk agak apa yg akn berlaku dlm setiap episod sbb tu ketagih nk tros tgk smpai habis..pada yg blom tgk,try la tgk :)

Monday, October 29, 2012

Silent Hill Movie


Ptg tadi aku tgk cito Silent Hill nie dkt gsc Seremban ..perghhh ptotlaa 18PL ..mmg merepek cito nie..dlm cter ni mmg byk guna simbol2 agama yahudi : freemason, jadi ia amat bahaya..jln cerita menarik dan suspens jugak tp mmg merepek !

Antara contoh2 bentuk lambang freemason:




Sunday, October 28, 2012

Budak2 sekarang ghairahh bila dpt sambung belajar oversea..fuhh bangga kemain .. "aku belajar luar negara,apa barang malaysia beb!"..fuhh smpai luar negara kemain lg snap pic sana sini msok fb,instagram,twitter..bgtaw satu dunia yee..INGATLAHH  tuan2 puan2 yg dirahmati Allah sekalian..org2 kampung tk mengharap gambar2 anda dkt luar negara tu..depa tak hadap pon..takat gambaq blh edit guna photoshop,,depa bukan nak tu..depa nk angpa punya jasa bila blik Malaysia nnti..duk berjasa kt masyarakat ..jgn bilo blik Malaysia semasing diam duk ontokkk,,"aku g oversea nk ijazah!dpt ijazah kerja la.."wah ! kemain lg kau ckp gitu ..kau g sano guno duet mak bapak kau tkpo..ni guno duit zakat,duet sponser..org yg bg sponser tu depa dh mention dh awal2 aku rasa time g interview..fuhh semasing beriyo koba nk berjasa blik nnti,tp jnji tinggal jnji..berjasa yg dimksodkn kt sini kita curahkn ilmu yg kita ada,buat program itu ini,,TOLONG ANAK2 MUDA ZAMAN SEKARANG! kita tahu anak2 muda zaman sekarang ramai yg kecundang dgn arus songsang,barat..TOLONG MEREKA! ..ramai yee..ramai remaja yg buta agama sekarg..solat tk tahu,bnda asas dlm agama pon tk tahu..JADI BANTU MEREKA!JGN DUDUK DIAM SAHAJA JADI PENONTON! ni bukan nk tembak sesiapa..tp klaw terasa bgoslah ada iman,,tepuk dada tnya iman..walaupun dri yg menaip ini masih terkontang kanting dlm dakwah tp mencuba berusaha ke arah itu.. suka sy kongsikan satu petikan syair jawa :

Duh bolo konco priyo wanito...........Ojo mung ngaji syareat bloko
Gur pinter ndongeng nulis lan moco...Tembe mburine bakal sengsoro

(wahai para teman pria dan wanita....jangan sekadar belajar syari’at/hukum saja)
(hanya pandai bicara, menulis dan membaca....esok hari bakal sengsara)

Syair Tanpo Waton (Gus Nizam) Jawa


Assalamualaikum..

Friday, October 26, 2012

Rayo Haji





Alhamdulillah ..raya haji kali ini disambut secara sederhana oleh semua org islam di Malaysia ..Malaysia yoo..klaw kt negara arab mmg meriah laa dyorg punya raya haji..Malaysia ni reflek sikit ..Aidilfitri mmg Malaysia meriah habis laa..tkdo bondo nk koba an cuma sekor yoo lombu tumbang kek kampung sey rantau  nia..sekor pon sojam yo nk tumbangkn dehh..somasing tk pro lg..lotih2 den bukan lotih apo..lotih lyn bdk2 nia haa..huhh korban2 

Wednesday, October 24, 2012

Break Semester !!

Alhamdulillah akhirnya final exam yg aku tunggu2 utk habis akhirnya habis jugak,maka berakhirlah sem pertama aku di USIM ..Kini aku dan rakan2 seperjuangan sedang begitu risau menunggu keputusan yg bakal keluar..Kali ni aku mengharapkan aku lulus kesemua matapelajaran dengan baik2 saja..tapi hati aku tk rasa mcm aku lulus dengan baik,,ade rezeki pon aku mungkin dapat LB(lulus bersyarat)..Sem1 yg amat teruk bg aku ! sumpah teruk ! Aku tk semangat belajar utk sem1 ni..sbb tu aku rasa mcm teruk sgt exam ni..apa2 pon manusia normal mmg semua mengharapkn yg terbaik utk dirinya pda masa sekarang dan masa depannya ..Jadi aku amat mengharapkn keajaiban yg bakal berlaku terhadap result final aku setelah aku berusaha ,,insyaAllah :)  . Break sudah mula,apa aku nak buat ?amek lesen?kerja?kursus?besarkan perut?tdow 24 jam? nntikn post seterusnya .. (^_^)

Monday, October 8, 2012

Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirrahim..maka dengan ini buat pertama kali saya sudah mempunyai blog sendiri. Dah lama plan nk buat blog tp disebabkan masalah-2 yg tk dpt dielakkan terpaksa buat diri ini menunda hajat. This my my first,so paham2 je la org bru ni kn..semua benda tunggang langgang lagi and next week i hve to face my first final exam in semester 1 in this foundation . Wish me luck ! :) . Dan insyallah akan kembali aktifkn blog ni selepas selesai exam ..